Friday 6 September 2013

Bahaya ke tak kena gigit kucing ni?


Bismillahirrahmannirrahim

Assalammualaikum..

Hai readers..

Mengimbau kembali peristiwa 3hari sebelum Syawal, memang sangat sadis. Waktu sahur jam 0430 pagi, peristiwa tak diduga berlaku. Sedang bergolek2 atas tilam, terbangun dan terus terdengar dari luar rumah sayup2 bunyi kucing aku si Tupai(nama gelaran) mengiau2 memberitahu ahli rumah yang dia dah balik . Aku sebagai tuan rumah yang perihatin terus membuka pintu tanpa sedar si Kuning Gemuk(nama gelaran) ada mengekori aku dari belakang.

Tiba2 si Kuning terus bertentang mata dengan si Tupai lalu berkata2 melalui bahasa mata dan terus mengiau2 marah macam nak bergaduh.Aku dengan perihatin nya terus sahaja memukul si Kuning Gemuk tanpa memikirkan akibat nya.Dengan pantas si Kuning Gemuk menggigit tangan aku sehingga berdarah.Sakit woo.. terasa gigitan gigitan nya menusuk ke isi tangan kanan ku. Terus sahaja aku ambil minyak gamat untuk menahan darah yang keluar. Dalam otak terus terfikir, gigitan kucing ini bahaya.Yes, BAHAYA. Sebab aku pernah terdengar ia nya boleh membawa maut.

 Terus jugak aku meng"search" internet pagi2 buta tu. Ya, memang benar, sangat2 bahaya gigitan kucing ni. Sebab tu bila kena je, dalam masa 24 jam kite kena ambik injection.Nurse tu kata untuk elak jangkitan kuman dan kancing gigi. Dah la malam tu memang aku dah seram sejuk macam nak demam,, dah kena gigit ni lagi la nak demam.Pagi tu aku pergi ke klinik, Dr bagi MC dan kena injection sekali. Yahooo...dapat MC tapi tangan ni makin sakit dan sakit dan terus membengkak 3 hari lepas tu.


haa, nampak ta betapa bengkak nye tangan aku ni kan, gatal plak tu.. yang kat celah tepi tu, ada nanah sikit (gambar pada hari ketiga ).
 hahh! ni die kucing yang gigit aku t..errrr..



ni si tupai kesayangan semua.. termasuk aku..heee..


Atas nasihat kakak2 ofis yang risau sebab hari ketiga pun makin teruk,diorang suggest aku pergi ke klinik sekali lagi, kali ni swasta la sebab yang klinik gov tak jalan.Apakan daya, Dr bagi lagi ubat antibiotik , kali ni yang kuat punya, kate nyer lah.Dan Dr kata ni dah kena jangkitan kuman ni.

Dan , pada hari pertama Syawal buat pertama kali nya, tangan yang banyak berjasa ni tak buat kerja sangat sebab nya, tangan masih bengkak dan bernanah. Tangan tu bila kena air je, nanah die akan keluar.Tapi tekadkan hati nak jugak buat keje sebab memang tak biasa duduk2 je. Dok tahan sakit jelah.

Lepas tu sedara mara datang nak bersalaman, mula la pesan," ehh, jangan genggam tangan kita kuat2, sakit.. bla..bla..bla...." kalau salam 10orang, 10 orang la dok ulang cite yang sama.. Dah la jadi topic "hot' kat umah sedara mara plak. hahaha, sebab nye "KENA GIGIT KUCING JE pun"..hihihihi
Ada pulak yang cakap haa, tulah baik sangat dengan kucing buat apa.Senyum jelah.. :-)

p/s: hehehe, saje wat entry ni. Senyum:-)

Next entry nanti aku cite pasal shaklee yer.
Tata..


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda

~ Fazilah bt Md Noor
~ Shaklee ID: 949161
~ sms|whatsapp: 013-9152315
~ Emel: pu3_farisya@yahoo.com